MATLAMAT PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 Definisi kurikulum antaranya 

                            Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan , kemahiran , norma , nilai , unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi intelek ,rohani ,emosi dan jasmani serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Definisi pendidikan

                                        Pendidikan ialah usaha sistematik yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan , nilai  , sikap dan kemahiran kepada ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia.

Matlamat pendidikan

          Matlamat pendidikan di Malaysia ialah melahirkan  rakyat yang bertanggungjawab dan memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara yang memahami , menerima dan mengamalkan prinsip dan cita –cita demokrasi mengikut perlembagaan.

Selain itu , memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia supaya dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum dengan menyediakan kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang mampu.

                 Seterusnya , melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia kepada raja dan cinta kepada negara serta mempunyai sikap bersatu padu antara kaum untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni.

                Akhir sekali , menyediakan modal insan yang progresif , mahir  dan berupaya melaksanakan tugas , memberi sumbangan dalam kemajuan dan pembangunan negara.

Perubahan kurikulum dalam perkembangan pendidikan di Malaysia

               Perubahan kurikulum di Malaysia adalah lebih baik dari semasa ke semasa. Terdapat beberapa pembentukan kurikulum iaitu kurikulum kebangsaan. Kurikulum kebangsaaan ialah satu program pendidikan berkaitan dengan kegiatan kurikulum yang merangkumi pengetahuan , nilai , norma , unsur kebudayaan dan kpercayaan bagi membantu perkembangan murid dari segi jasmani, rohani , mental dan emosi. 

           Selain itu , kurikulum sekolah. Kurikulum sekolah terbahagi kepada dua bahagian . Yang pertama meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Yang kedua pula meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah seperti kegiatan sukan , persatuan ,pasukan pakaian seragam dan lain- lain.

            Seterusnya , kurikulum rasmi ialah kurikulum yang dilaksanakan secara seragam di seluruh negara. Kurikulum rasmi terbahagi kepada dua iaitu kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Kurikulum formal mengandungi mata pelajaran dari empat komponen iaitu bahasa , kemanusian , sains dan vokasional. Kurikulum tidak formal pula mengandungi aktiviti kokurikulum dan kokurikulum tersembunyi yang bertujuan untuk melengkapkan pembangunan insan yang menyeluruh dan seimbang.

            Akhir sekali , kita dapat melihat perkembangan pendidikan di Malaysia berkembang secara maju. Malaysia dapat menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap rakyatnya.  Ini dapat dibuktikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berubah dari masa ke semasa. Kementerian Pendidikan Malaysia membekalkan kepada guru – guru Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP ) , Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) , Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Semua ini adalah untuk memudahkan dan membantu guru- guru untuk menjalankan proses pendidikan yang sistematik dan terbaik buat semua murid.


Comments